CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 5 November 2011

10 pesanan imam shafie yang perlu diikuti

Hak kepada diri:mengurangkan tidur,mengurangkan makan,percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada

Hak kepada malaikat maut:mengqadakan kewajipan yang tertinggal,mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi,membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH

Hak kepada kubur:membuang tabiat suka membuat fitnah,tabiat kencing merata-rata,memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi

Hak kepada munkar dan nakir:tidak berdusta,berkata benar,meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati

Hak kepada mizan:menahan kemarahan, banyak berzikir,mengikhlaskan amalan dan sanggup
menahan kesulitan

Hak kepada titian sirat:membuang tabiat suka mengumpat,suka membantu orang beriman dan suka berjamaah

Hak kepada malaikat malik:menangis lantaran takutkan ALLAH,berbuat baik kepada ibu bapa,bersedekah dan memperelokkan akhlak

Hak kepada malaikat ridhzuan:merasa redha kepada qadha'ALLAH dan bertaubat dari melakukan maksiat

Hak kepada nabi Muhammad SAW:berselawat keatasnya,berpegang dengan syariatnya,bergantung kepada al sunnah(hadith),menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan dari ALLAH

Hak kepada ALLAH S.W.T:mengajak manusia ke arah kebaikan,mencegah dari melakukan kemungkaran,menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan

Tuesday 25 October 2011

PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA!!!!!!!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

Asas 5 jari

Jari telunjuk : usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang


Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya
badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh
menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system
dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking
kita.kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur,
keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tgn
masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab
itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau
lembab ke? jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami
masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada
urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan,
sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau
tekanan dalam kehidupan sehariannya.

seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya
kita sebagai seorang wanita. cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari
anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna
anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna
putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang
sihat..insya allah...

Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang.

~MORAL: JAGALAH KESIHATAN KITA..IA ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI DARI YANG MAHA ESA

Saturday 22 October 2011

TIPS membuang rasa cinta,elak hati terlalai..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

1- Dekatkan diri dengan Allah, wujudkan link dengan Allah. Sebab, bila kita ingat Dia, bila kita tahu yang Allah sentiasa melihat kita, kita akan takut untuk buat dosa. Sekaligus, keyakinan kepada Allah meningkat. Macam mana nak wujudkan link dengan Allah?
- baca ayat-ayat cinta dari-Nya, (al-Quran), baca tafsir faham makna, latih diri bangun qiam (untuk tambahkan kekuatan hati), sentiasa ingat kepada Allah dan perkara sewaktu dengannya.



Apabila kita dekat dengan Allah, kita kerap ingat kepada Dia, insyaallah, hati kita takut berbuat dosa.




2- Tambahkan ilmu pengetahuan tentang agama, dekati majlis-majlis ilmu (yakni taman-taman syurga). Jangan biarkan kita jahil ilmu agama. Walaupun kita ada master PHD dalam bidang lain contohnya, ia tetap tidak bererti andai anda tak ada ilmu agama. Maka, seimbangkan.





3- Tanamkan keyakinan bahawa Allah penyusun takdir yang terbaik. Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. Kalaupun dia bukan jodoh kita, misalnya dah tahu dia ni berpunya, dah bertunang, katakan kepada diri bahawa ada seseorang yang lebih baik di hadapan anda. Setiap takdir yang berlaku ke atas kita, ingatlah, bahawa itulah yang terbaik untuk kita yang telah Allah tetapkan. So, jangan kecewa! =)




4- Berkumpul dengan orang-orang soleh. Beritahu kepada kawan terdekat anda yang paling soleh/solehah/thiqah (pendek kata yang boleh dipercayai menyimpan rahsia anda). Peranan kawan-kawan yang soleh solehah ini tadi, akan sentiasa menasihati anda, jika anda sedang cuba-cuba untuk menghubungi dia, sengaja mencipta ‘ukhuwah’ peranan sahabat tadi akan menasihati anda.






5- Jangan cuba-cuba meluahkan perasaan anda kepada si dia (umur masih muda-masih banyak keperluan lain). Maksudya di sini, jangan saja2 test market, nak test dia terima ke tak. Nanti tak terima, frustrated pulak, kalau terima pulak, lain cerita lagi. pendek kata jangan cipta ‘ukhuwah’ melainkan ada keperluan penting. (jika waktu belum mengizinkan)




6- Jika berpeluang berkomunikasi dengan dia, perlu cool. I mean tak perlu gelabah sebab ada perasaan dengan dia. Kita mesti tak senang duduk kan bila berhadapan dengan orang yang kita suka? =) Jadi, kawal diri anda jangan sampai ketahuan.




7- Ingatkan diri sendiri lagi, ilmu yang dipelajari perlu diamalkan. Tahu zina banyak cabang. Zina hati terutamanya. apabila memikirkan tentang dia, pergi buat kerja lain yang boleh alihkan perhatian daripada terus ingat dia. Malam2 sebelum tidur ingat dia, pergi berzikir untuk nyahkan dia. jauhkan zina hati. Agak susah untuk buat sebab kadang2 kita tak sedar. But we have to try. Pergi sini jugak.



8- Sentiasa buat muhasabah setiap hari tentang bahayanya cinta. Boleh baca previous entry tentang cinta. Sekali kita dekat dengan cinta manusia (yang haram) bermakna kita akan berpotensi untuk jauh dari cinta Allah.

9- Sentiasa ingin memperbaiki diri ke arah yang lebih positif.

10- Last sekali, apa yang kita boleh buat, berdoalah. Ikhtiar terakhir. Berdoa itu senjata orang mukmin.

Pesanan utk Org Cantik...


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ




Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi.


Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna. Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal dan mempertikai itu ini.



Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda. Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk.



Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasaan si cantik meghadapi hari tua mereka. Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?



Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.

Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur.Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasulullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN.


Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandangan ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan ALLAH. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya.


Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda membuktikan kekuasaan ALLAH!



Petikan karya Motivasi: Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj (siri:160)
" Orang yang bijaksana membuat lebih banyak kesempatan drpd yang dijumpainya"


kesimpulan daripada penulis:


Semua manusia adalah sama dan tiada perbezaan disisi Allah kerana Allah tidak memandang pada harta, rupa, pangkat darjat atau sebagainya sebaliknya Allah hanya memandang nilai taqwa dan iman seseorang. Setiap orang tidak sesempurna Rasulullah tetapi kekurangan bukanlah satu alasan untuk kita mencapai kesempurnaan dan terus ke depan. Jadikan Rasulullah sebagai qudwah hasanah. Kelebihan bukan untuk dibanggakan, jika tersingkap kelemahan maka dalam sekelip mata maruah kita akan tercemar. Jangan jadikan keburukan itu sebagai kelemahan, jangan jadikan kelemahan itu menguasai diri kita. Jadi kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Terimalah seadanya dan jadilah diri kita yang sebenar.

TANDA-TANDA TERKENA SIHIR

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ


  1. TANDA-TANDA PADA WAKTU TIDUR
  1. Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusah payah.
  2. Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
  3. Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.
  4. Mimpi yang sangat menyeramkan.
  5. Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching, anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.
  6. Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
  7. Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
  8. Berperasaan sedih pada saat tidur.
  9. Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
  10. Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
  11. Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan.
  12. Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam.
  13. Bermimpi melihat hantu.

TANDA-TANDA PADA WAKTU SEDAR ATAU JAGA

  1. Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.
  2. Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.
  3. Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.
  4. Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak sanggup mengubatinya.

MACAM-MACAM GANGGUAN JIN

  1. Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.
  2. Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu dari anggota badan, seperti tangan, kaki atau lidah.
  3. Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang sehingga memakan waktu yang sangat lama.
  4. Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti seseorang yang mengalami mimpi buruk.

DIANTARA PENYEBAB GANGGUAN JIN :

  1. Jin lelaki kadangkala jatuh cinta kepada orang perempuan dan kadangkala jin perempuan jatuh cinta kepada orang lelaki.
  2. Kerana kezaliman manusia terhadap mereka, seperti menumpahkan air panas atau menimpakan sesuatu barang dari tempat yang tinggi.
  3. Kezaliman yang dilakukan oleh makhluk jin kepada manusia tanpa sesuatu sebab tertentu. Yang berhubungan dengan perkara ini jin tidak akan dapat menganggu manusia kecuali manusia itu dalam keadaan : sangat marah, sangat takut, sangat lalai dan mempunyai nafsu syahwat yang tinggi.

SEBAB-SEBAB MASUKNYA JIN KE DALAM DIRI MANUSIA

Kadang-kadang terjadinya gangguan jin kepada manusia adalah dikeranakan syahwat, hawa nafsu dan mabuk cinta, keadaan ini sama seperti yang dialami manusia. Ada pula kadangkala manusia dan jin melakukan perkahwinan serta mempunyai anak. Perkara yang demikian banyak terjadi dan banyak pula ulama’ yang membicarakannya.

Berlakunya perkara tersebut adalah disebabkan kebencian atau pembalasan oleh kerana ia disakiti sebahagian manusia, atau makhluk jin ini menyangka bahawa sebahagian manusia sengaja menyakitinya dengan cara mengencingi mereka, menumpahkan air panas, atau membunuh mereka, padahal manusia tidak mengetahuinya. Dikalangan makhluk jin juga ada yang bodoh, ada yang zalim, sehingga mereka menjatuhkan hukuman dengan cara yang tidak patut, keadaan ini sebagaimana juga yang kita jumpai dalam kehidupan manusia yang bodoh.

Jika keadaan tersebut terjadi, perbuatan yang demikian itu adalah merupakan perbuatan yang keji dan dilarang oleh Allah SWT. Justeru itu perkara ini haruslah dijelaskan kepada jin tersebut dengan mengatakan bahawa perbuatan mereka itu dalah perbuatan keji yang diharamkan. Penjelasan seperti ini perlu dijelaskan kepada mereka supaya mereka tahu bahawa pada diri mereka akan berlaku hukuman Allah dan Rasul-Nya yang diutus kepada semua makhluk manusia dan makhluk jin.

Kepada mereka juga harus dijelaskan, bahawa manusia tersebut tidak mengetahui dan tidak sengaja menyakiti mereka sehingga tidak patut untuk dihukum. Jika mereka melakukan hal itu di rumah atau di kerajaan mereka maka mereka dibolehkan atau bebas bertindak. Sedangkan mereka tidak mempunyai hak untuk tinggal di tempat kediaman manusia tanpa izin dari mereka, mereka hanya berhak tinggal di tempat-tempat kosong yang bukan menjadi tempat tinggal manusia.


CARA JIN MASUK KE DALAM TUBUH MANUSIA.

Jin adalah sejenis makhluk berwujud udara sedangkan manusia memiliki lubang bulu roma, kerana itulah dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia dari bahagian manapun juga. Makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis udara sebagaimana firman Allah : Ertinya,”Dan Allah menciptakan jin dari api yang menyala”. ( Ar-Rahman: 15 ) Dalam hal ini Ibn Abbas berkata: Iaitu dari hujung nyalanya api, sedangkan hujung nyalanya api adalah merupakan udara panas yang keluar dari api.

Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke otak, melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang dia sukai dari tubuh manusia. Para doktor perubatan telah mengkaji dan membuktikan bahawa orang yang terkena penyakit kerasukan jin memiliki gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh yang ada di dalam otaknya. Ditambah lagi dengan keterangan dari orang yang ahli tentang cara pengubatan orang yang kerasukan jin, bahawa jin itu memberitahunya bahawa mereka berada di otak manusia.

PERLINDUNGAN TERHADAP GANGGUAN.

  1. Sentiasa berzikir dan bertaqarrub kepada Allah dengan memperbanyakkan istighfar. Ini adalah kerana apabila seseorang semakin bertambah dekat dengan Allah maka syaitan akan semakin menjauhinya.

  2. Mengucapkan “Bismillah” pada setiap kesempatan, iaitu ketika :-

    o Hendak melompat dari tempat yang tinggi.

    o Terjumpa sesuatu di atas tanah.

    o Memasuki tempat yang menakutkan seperti tempat yang gelap, sunyi dan kosong.
  3. Berzikir kepada Allah pada waktu-waktu tertentu. Seperti pada waktu pagi, petang ataupun pada waktu makan.

  4. Tidak membunuh ular yang bersada di dalam rumah kecuali telah memohon kepada Allah agar ia keluar dari rumah.

  5. Tidak mendengar nyanyian ataupun seruling yang dapat mengundang syaitan dan menimbulkan perbuatan zina. Yakni, nyanyian yang dapat merangsang nafsu seseorang.

  6. Tidak memandang wanita dengan penuh nafsu dan juga tidak berdua-duaan dengan wanita yang bukan muhrimnya.

  7. Jangan tinggal di rumah kosong yang sudah lama tidak dihuni orang, di kawasan perkuburan dan tempat-tempat kotor lainnya. Jangan menunaikan solat sewaktu matahari terbit dan terbenam.

  8. Jangan membuang air kencil merata-rata atau di lubang binatang.

  9. Jangan sekali-kali menyeksa dan menyakiti anjing atau kucing.

  10. Hindarkan dari melakukan perbuatan maksiat. Perbuatan maksiat itu adalah senjata ampuh bagi syaitan.



    وحفظا من كل شيطان مارد ( 7 ) لا يسمعون إلى الملإ الأعلى ويقذفون من كل جانب ( 8 ) دحورا ولهم عذاب واصب ( 9 ) Dan (Kami pelihara urusan langit itu) dengan serapi-rapi kawalan dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang derhaka. (Dengan itu) mereka tidak dapat memasang telinga mendengar (percakapan malaikat) penduduk langit, dan mereka pula direjam (dengan api) dari segala arah dan penjuru. Untuk mengusir mereka; dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak putus-putus. Surah Assaffaat ayat 7-9

Friday 21 October 2011

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

"..Tidak bertemu MATA,,tidak bertemu SUARA..tidak mengungkap JANJI,,tidak bermadah CINTA..cukuplah kata mengingati ALLAH,,cukuplah nasihat serta teguran..cukuplah aku tahu kau punya AGAMA & IMAN..Hati kita ALLAH yang punya,,Hati kita ALLAH yang jaga..
berDOAlah,,kerana itu SENJATA kita..andai TAKDIR hidup bersama,,pasti ALLAH akan mempermudahkan JALANnya InsyaAllah..."

"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."

Di hari kiamat , orang yang sombong akan tuduh menuduh dengan orang yang ditipunya

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ


Didalam al Quran ALLAH SUBHANAHU WA TAALA telah menceritakan bagaimana tuduh menuduh dan pertengkaran akan berlaku di hari Kiamat

Kisah berkenaan dirakamkan dalam Al Quran Surah Saba' ayat 31-33:

Ayat 31: Dan orang2 kafir berkata: Kami sekali-kali tidak akan beriman kepada Al Quran ini, dan tidak pula kepada kitab yg sebelumnya..Dan alangkah hebatnya kalau kamu lihat ketika orang2 yg zalim itu dihadapkan kepada Tuhannya, sebahagian dari mereka menghadapkan perkataan kepada sebahagian yg lain; orang2 yg dianggap lemah berkata kepada orang2 yg menyombongkan diri: "KALAULAH TIDAK KERANA KAMU, TENTULAH KAMI MENJADI ORANG2 YG BERIMAN"...

Ayat 32: Orang2 yg menyombong diri berkata kepada orang2 yg dianggap lemah: "Kamikah yg menghalangi kamu dari petunjuk, sesudah petunjuk itu datang kepada mu? (Tidak) sebenarnya kamu sendirilah orang2 yg berdosa"..

Ayat 33: Dan orang2 yg dianggap lemah berkata kepada orang2 yg menyombongkan diri: "(Tidak), sebenarnya TIPU DAYA MU di waktu siang dan malam (yg menghalangi kami), ketika kamu menyeru kami supaya kami kafir kepada Allah dan mengadakan sekutu2 bagiNya". Kedua belah pihak menyatakan penyesalan ketika mereka melihat azab..Dan Kami pasang belenggu di leher orang2 yg kafir..Mereka tidak dibalas melainkan dengan apa yg telah mereka kerjakan..

DEMIKIANLAH... Allah Subhanahu wa ta'ala menceritakan kepada umat di hari ini apa yg akan berlaku di hari akhirat nanti.. Kalau dalam sebuah negara yg tidak mengamalkan ajaran Islam dalam pemerintahannya ( cth menolak undang2 Hudud), apabila mereka diazab oleh Allah di hari akhirat, maka akan berlakulah tuduh menuduh seperti di atas... rakyat menuduh pemimpin yg menipu mereka, dan pemimpin pula menuduh rakyat yg berdosa dan mudah ditipu....

MAHA BENARLAH TUHAN YG MAHA AGUNG..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...